Sunday, January 10, 2021

Aku jatuh sakit tiba tiba - Demam Cikugunya / Polyarteritis nodosa

 Bulan November 2020. Kawasan rumah aku sibuk dengan fogging setiap petang sebab ada kes demam dengggi dengan chikugunya. Demam denggi dengan chikugunya ni macam adik beradik cuma kesan sakit tu je yang agak berbeza.

 Family aku kena juga demam ni. Kami syak demam chikugunya sebab one of our neighbour kena diagnose demam chikugunya tu. So kami aasume yang kami pun kena juga. Start dari my nephew. Dia demam panas. Lama juga la. Dalam seminggu jugak la dia demam panas. Lepas tu badan dia naik ruam, bintik bintik merah satu badan. After dia kena my brother pula kena. Demam after that ruam. My sister, my mom lepas tu baru lah aku. Simptom yang mereka dapat semua sama. Demam dan ruam. But aku lain sikit. 

Aku demam panas sehari ja. Lepas tu sakit sakit badan. Macam demam urat la kalau ikut bahasa kampung. Memang tak larat sangat sebab aku jarang sakit. Tapi bila da kena memang kaw kaw sakit. After that aku period pain. Memang dekat bahagian perut tu sakit sangat time tu. Macam kembung pun ada. Aku makan banyak gila ubat time tu. Eno halia, pil chikitteon untuk buangkan angin tapi tak da pa pe yang jadi. Still sakit. Benda ni berlarutan seminggu. Skala sakit yang mampu aku describe 7/10. Sebab memang sakit sangat. 

Kehidupan seharian aku bertukar 360 darjah. Aku yang dulu nya aktif. Hanya mampu duduk dekat sofa ja tunggu keajaiban berlaku. Dah macam mayat hidup je aku. Kelas dengan assignment memang aku tak sentuh langsung sebab memang tak larat. Dalam seminggu tu aku ada je pergi klinik sebab tak tahan sangat. Tapi takda effect pape pun dekat aku. Aku pergi klinik swasta dengan kerajaan sebab tak tahan sangat. Tapi ubat yang mereka bagi sama je. Gastrik. Aku da cerita dari A sampai Z situasi yang aku alami but mereka bagi ubat tu je. Sedih gila. Padahal aku sakit gila time tu. Sakit sampai tak boleh tido. Setiap 2 jam akan terbangun sebab sakit sangat. Dikatakan setiap hari aku menangis after solat sebab sakit sangat.

 Aku memang da tak tahan gila. Dengan asessment dan assigment tak siap lagi. Mental gila. Pernah je terfikir nak call emergency sebab da tak tahan sangat tapi still husnuzon yang esok mungkin da okey. And taknak susah kan family. So niat tu terhenti dekat situ. Sakit rasa okey sikit lepas makan painkiller. Time Alhamdulilah kurang sikit rasa sakit dari 7 ke 5. Sakit tu sakit je lagi tapi kurang da. Tidur malam aku pun da okey da. Alahamdulillah lena. 

After sakit perut seminggu tu, aku sakit lain pulak. Sakit dekat bahagian bawak tulang rusuk. Sakit tu macam orang main gitar dekat tulang rusuk. Allahu. Sakit sangat time tu. Before sakit dekat tulang rusuk tu ibu ada pernah urut dekat urat perut. Ibu cakap keras sangat. Aku time tu memang tak tahan sangat. Nangis je mampu. Huhuhuhuhu. Lepas dari urut tu la yang sakit tulang rusuk. Gitu. Time aku mengadu sakit tulang rusuk tu, ibu in action juga. Urut tulang belakang aku. Alhamdulillah rasa kurang sebab sakit tu fokus on yang kena urut tu en. So aku macam abaikan je la. Even tho kekadang rasa juga sakit dekat area tu aku mampu tahan dan redha je. Lama jugak la. Dalam seminggu sakit yang tulang rusuk tu. 

Okey ini klimaks nya. 

After 3 weeks in total aku bertahan dan berlawan dengan sakit aku. Akhirnya susah tidur malam aku datang balik. Tapi bukan disebabkan sakit badan, sakit perut or sakit tulang rusuk tapi susah bernafas. Nafas aku jadi pendek gila bila aku tidur baring. Aku terpaksa tidur duduk. Ni jadi hari ahad malam isnin. Lepas tu aku mengadu dekat ibu yang aku tak boleh tidur, kena tidur duduk. Ibu syak aku ada Asthma. Aku pun memang tak larat time tu mampu dengar je dan ikut apa yang ibu nak buat. So malam tu aku tidur sorang lagi sebab ingat da okey. Tapi apakan daya sama je macam malam berikutnya. Selasa tu memang aku lemah selemahnya. Aku sepatutnya ada test selasa tu tapi aku lupa, aku tak masuk pun kelas tu. Time aku sakit memang aku tak tengok sangat phone sebab aku taknak tengok kerja yang sepatutnya aku buat tapi aku tak buat sebab aku sakit. Sebab dia menyedihkan aku. *crying*. Padahal time mereka jawab tu frau (panggilan mrs/miss in german) tak habis habis seru nama aku dekat whatsapp untuk jawab test tapi aku remain silent sebab aku tak buka phone langsung. Malam tu aku contact frau  untuk bagi  chance jawab test. Alhamdulillah frau baik hati kasi aku chance jawab ahad tu. Malam selasa tu aku memang da macam mayat hidup. Nak ke dapur pun tercungap cungap. Memang semput gila. Actually aku tak sedar pun. Tapi bila kena soal dengan doctor baru aku teringat balik. 

Malam tu tidur dengan ibu dengan ayah. Ayah suruh pakai bantal tinggi sebab orang asthma memang kena bantal tinggi. Evem da pakai bantal tinggi pun tak boleh tidur wey. *crying*. Esoknya ayah nak bawa pergi jumpa doctor swasta yang untuk astma. Aku memang menanti je nak kena angkut. 

Rabu tu pergi klinik swasta untuk astma. Bayangkan nak masuk klinik tu pun my mom kena papah sebab aku memang tak larat gila. Time jumpa mula mula tu macam biasa la doctor tu tanya soalan "sakit apa? bila start?" like common question yang doctor akan tanya patient dia la en. Time tu aku mampu je lagi jawab macam biasa reaksi doctor tu pun okey je. Tapi muka dia jadi risau plus pelik time dia check nadi aku. Like muka dia sumpah aku pun scary. Like 'teruk sangat ke sakit saya ni doctor'. Doctor tu terkejut gila. Dia check bp aku time tu banyak kali sebab jantung aku degup laju sangat and bp aku tinggi namatey. 170/131. Aku memang tak tahu tho. Doctor cakap kena masuk emergency ni sebab tinggi sangat. Lepas tu bincang dengan ibu nak buat  macam mana. Lastly, Doctor tu buat surat untuk klinik kesihatan untuk mintak hanta pergi emergency.